CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 7 August 2011

kebaikan dan keburukan laman sosial kepada pengguna internet.

Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-
1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.
2. Boleh membantu mempromosi sesuatu. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.
3. Mudah menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.
4. Perkongsian maklumat/ilmu. Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.
Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.
Mengapa remaja taksub dengan laman web sosial seperti facebook.
1. Untuk perkongsian ilmu dan maklumat
Pelajar merupakan individu yang menggunakan kemudahan laman web sosial ini bagi tujuan perkongsian maklumat dan ilmu dengan rakan-rakan. Bagi mereka, dengan cara ini mereka boleh berbincang bersama rakan-rakan dengan pantas tentang sesuatu masalah atau isu yang dikemukakan. Ada juga yang memanfaatkannya dengan perkongsian maklumat tentang perniagaan.
2. Sekadar untuk mengisi masa lapang
Ramai remaja menghabiskan masa mereka dengan facebook. Dengan adanya laman web sosial seperti ini, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman web sosial seperti facebook dan twitter.
3. Untuk mencari pasangan hidup
Tidak dinafikan juga ada antara remaja yang melayari laman web sosial semata-mata untuk mencari pasangan hidup. Dalam bahasa mudah, mencari teman lelaki ataupun teman wanita. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kepada mereka yang kesunyian dan masih single tu, silalah aktifkan diri anda dengan laman web sosial.
4. Hendak menonjolkan imej diri/hendak pamer body yang mantap
Sebab ini saya rasa adalah paling releven kenapa remaja terlalu taksub dengan laman web sosial terutama facebook dan myspace. Tidak kira perempuan ataupun lelaki, mereka berlumba-lumba mempamerkan wajah dan imej diri dengan gaya yang istimewa termasuk kemantapan body masing-masing. Bagi yang kacak dan cun memang menjadi kegilaan sesetengah individu.
5. Ingin mendapatkan berita terkini dengan cepat
Ada juga remaja yang taksub dengan laman web sosial kerana ingin mendapatkan sesuatu info terkini dengan cepat dan pantas. Golongan ini mungkin juga terdiri daripada golongan pelajar dan mereka-mereka yang suka sesuatu yang baru. Perasaan ingin tahu dalam diri sangat tinggi.
6. Aplikasi menarik dan ketagih game
Laman web sosial seperti facebook menyediakan pelbagai aplikasi dan game menarik kepada penggunanya. Bagi mereka yang ketagih dengan game, facebook merupakan tempat atau medium terbaik untuk melepaskan gian tersebut kerana setakat ini tiada laman web sosial lain yang dapat menandingi facebook terutama aplikasi yang disediakan. Dengan adanya aplikasi seperti akan menyebabkan remaja sanggup melayari facebook 24 jam dan sanggup untuk tidak tidur pada waktu malam.
Keburukan laman sosial
1. Melalaikan/melekakan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog. Ianya mampu mengganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya. Ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan. Pelajar akan abaikan pelajaran mereka.
2. Obses/ketagihan. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayari web.
3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang.
4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial.
5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi. Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.
6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat. Termasuk mempengaruhi remaja berzina. Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial
Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain

KARANGAN TEKNOLOGI NANO



Nanoteknologi ialah bidang sains yang menerokai aplikasi bahan bersaiz kecil pada skala nanometer (ran) iaitu 1- 100 nm. Nanoteknologi mula berkembang pesat pada alaf baharu ini. Bincangkan manfaat aplikasi nanoteknologi dalam pelbagai lapangan kehidupan manusia.

1. Perubatan
• Gen rosak diganti dengan gen normal.
• Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak dengan partikel nano.
• Proses regeneratif mula ambil tempat.
• Gen rosak dibaiki dan gen normal dijana.
• Banyak penyakit disebabkan faktor genetik dapat dielakkan.
• Misalnya sakit jiwa, kanser dan jantung.
2. Farmasi
• Partikel nano seperti tiub karbon nano (CNT) dalam rawatan onkologi kemoterapi
• CNT bawa ubat anti kanser dalam saiz yang halus.
• Ubat halus itu terus disampaikan ke bahagian sel-sel kanser sahaja.
• Ubat bunuh sel kanser tanpa jejaskan sel normal lain.
• Ini dapat merawat penyakit dangan berkesan.
• Kesan sampingan juga dapat dikurangkan.
3. Penting dalam teknologi maklumat.
• Nanoteknologi diguna untuk mencipta cip kamputer dan peranti elektronik lain bersaiz nano.
• Cip dan peranti papan litar ini mengawal proses dan operasi komputer atau alat elektronik.
• PC atau alat elektronik bersaiz kecil dan berkuasa tinggi terhasil.
• Komputer dapat beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi, dengan dimensi yang linear, kebolehharapan yang tinggi dan perlepasan haba yang rendah.
• Memorinya juga ditingkatkan.
• Maka proses pemprosesan data lebih cepat dan lancar.
4 Penyelidikan saintifik
• Nanoteknologi diguna untuk hasilkan mikroskop generasi 4 iaitu Mikroskop Prob Imbasan (SPM)
• Alat ini mempunyai resolusi tinggi untuk lihat spesimen kajian bersaiz nano.
• Ini meningkatkan pemahaman saintis terhadap subjek eksperimental.
• Dengan bekerja pada saiz yang paling terkecil, teknologi nano akan membenarkan pengecilan dan prestasi yang tertinggi.
• Dengan bermula dengan molekul, dan pemprosesan dengan mesin yang berfrekuensi tinggi dan produktif, ia akan menjadikan produk lebih murah.
5 Pertanian
• Partikel nano bersaiz 5 nm lebih kecil daripada virus tanaman
• Meresap masuk ke dalam bahagian asid amino virus
• Proses peresapan dibantu oleh sejenis virus pathogen
• Partikel nano memberi info setiap reaksi kimia dan fizik sel dalam virus
• Nanoteknologi ialah bidang S&T yang menerokai aplikasi partikel bersaiz atom atau molekul halus utk tujuan pelbagai tujuan.
• Nano ialah saiz yg teramat kecil daripada 100 nanometer atau 1 bilion lebih kecil daripada saiz 1 meter.
• Nanoteknologi telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang.
• Aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan telah mendatangkan pelbagai faedah kepada pesakit.
1. Pengimejan perubatan MRI
• Teknologi pengimejan perubatan MRI dihasilkan menggunakan teknologi nanoteknologi.
• MRI merujuk kepada kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yang kuat mengelilingi badan.
• Imej yang dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dengan bahan kontras (pewarna).
• Selain itu, imej tersebut dapat diambil daripada pelbagai dimensi/sudut.
• MRI tidak mendedahkan pesakit kpd radiasi.
• MRI membantu doktor melakukan kerja-kerja diagnostik penyakil dengan lebih mudah, cepat, jelas dan tepat.
• Penyakit dapat dikesan, dikenalpasti dan kaedah rawatan yang bersesuaian dapat diberikan
2. Pembaikian dan regeneratif gen penyakit genetik
• Nancteknologi digunakan dalam rawatan penyakit genetik.
• Gen yang rosak diganti dengan gen yang normal.
• Gen normal disampaikan melalui partikel nano.
• Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak tanpa rosakkan nukleus tersebut
• Proses regeneratif dan baik pulih gen mengambil tempat.
• Gen rosak dibaiki dan gen normal yang sihat dijana.
• Pesakit akan sembuh daripada penyakit genetik yang berpunca daripada pewarisan genetik gen yang rosak.
3. Rawatan anti-inflamasi
• Khinzir diguna sebagai spesimen klinikal.
• Kesan inflamasi akibat infeksi bakteria pada lapisan kulit haiwan tersebut dapat dikurangkan.
• Partikel nano kristal perak yang mempunyai aktiviti anti-inflamasi diguna.
• Aktiviti anti-inflamasi partikel nano kristal perak mampu membunuh bakteria dan membantu proses pemulihan masalah kulit.
• Partikel nano perak, zink oksida dan emas pula diguna untuk membunuh bakteria streptococcus mutans yang dikaitkan dengan masalah inflamasi oral manusia
• Aplikasi nanoteknologi penting dalam rawatan dermatologi untuk memulihkan penyakit kulit.
4. Penyampaian ubat dalam rawatan onkologi kemoterapi
• Partikel halus nanoteknologi telah dimanfaatkan untuk proses penyampaian ubat dalam bidang farmaseutikal.
• Partikel nano seperti tiub karbon nano(CNT) membawa ubat terus kepada sel kanser dan membunuhnya tanpa memudaratkan sel-sel norma lain .
• Selain CNT, ubat dimasukkan ke dalam partikel nano lain yang dikenali sebagai oleoyl-chitosan (OCH) utk membunuh sel-sel kanser paru-paru.
• Dalam rawatan onkologi kemoterapi, partikel nano telah menjadi ejen membawa ubat pembunuh sel kanser untuk membunuh sel-sel kanser.
• Aplikasi nanoteknologi dalam proses penyampaian ubat telah meningkatkan keberkesanan rawatan onkologi kemoterapi terhadap pesakit kanser.
Tenaga Nano teknologi diaplikasikan untuk pemyimpanan, penjanaan, penjimatan tenaga melalui Insulasi termal. Bulb seperti light-emitting diodes (LEDs) or quantum caged atoms (QCAs) mengurangkan tenaga. Sel solar lebih berkesan menerap cahaya matahari dengan struktur nano bandgaps.
Optics:Nano teknologi menghasilkan polimer ultranipis dan pelindung kaca mata. Kompositnano Kaca tidak mudah dikalis. Ketepatan pembedahan pupil mata.
Tekstil fibernano kalis air dan kesan kotaran, tidak berkeluk. Tak perlu selalu dibersihkan. Technologi nano mengintegrasikan zarah membran zarah karbon kecil yang elakkan caj elektrostatistik
Kosmetik :Kimia pelindung UV tidak kekal sepanjang hari. Krim mineral zarahnano seperti titanium dioxide lebih baik. zarahnano Titanium oxide melindungi kulit daripada cahaya UV tanpa kesan pemutihan kulit kerana zarahnya yang begitu kecil.
REPLIKASI SENDIRI
Keperluan untuk mengurangkan kos mencipta minat dalam sistem pembuatan yang boleh mengreplikasi sendiri seperti yang telah dikaji oleh Von Neumann dalam 1940-an. Sistem ini boleh mereplikasi diri sendiri dan membentuk produk yang berguna. Konsep ini telah diinspirasikan dari pemerhatian bagaimana tumbuhan dapat mereplikasi diri sendiri pada paras sel. Sebagai contoh, ubi kentang adalah mudah untuk replikasi semula. Tanamkan dan ianya menghasilkan lebih banyak ubi kentang.
Walau bagaimanapun, tujuan yang ingin dicapai adalah dari segi robotik. Bayangkan di mana robot-robot bersaiz nano iaitu amat kecil, yang dapat mereplikasi semula dan berfungsi seperti kilang. Senario yang baik ialah dalam pembangunan robotik.
Replikasi semula merupakan jalan yang efektif bagi pembuatan berkos rendah. Walaupun ianya diinspirasi oleh tumbuhan dan organisma di sekeliling, adalah ditekankan bahawa agen replikasi semula ini adalah hampir serupa seperti robot. Sama ada dengan kawalan kepintaran buatan mahupun dengan kawalan manusia, replikasi semula masih dalam peringkat teori. (Terminator??????
Nanotechnology, shortened to “nanotech”,
is the study of the controlling of matter on an atomic and molecular scale. Generally nanotechnology deals with structures sized between 1 to 100 nanometer in at least one dimension, and involves developing materials or devices within that size.
Nanotechnology is very diverse, ranging from extensions of conventional device physics to completely new approaches based upon molecular self-assembly, from developing new materials with dimensions on the nanoscale to investigating whether we can directly control matter on the atomic scale.
There has been much debate on the future implications of nanotechnology. Nanotechnology may be able to create many new materials and devices with a vast range of applications, such as in medicine, electronics, biomaterials and energy production. On the other hand, nanotechnology raises many of the same issues as with any introduction of new technology, including concerns about the toxicity and environmental impact of nanomaterials, and their potential effects on global economics, as well as speculation about various doomsday scenarios. These concerns have led to a debate among advocacy groups and governments on whether special regulation of nanotechnology is warranted.